Al kisah suatu ketika dahulu, terdapat kumpulan muzik anak-anak muda bernama Savillia yang bercita-cita tinggi dalam menceburi bidang muzik secara serius. Anak-anak muda Savillia ini sangat berwawasan dan bersemangat tinggi dalam usaha mereka untuk mengembangkan music mereka ke pelusuk dunia. "We want to conquer the California Underground music industry with our sound and visions" ujar guitarist mereka Khairunnizmorazin. Berikut adalah sedikit sebanyak info dan bio mengenai anak-anak muda Savillia ini, yang terdiri daripada :
1. Khairunnizmorazin Miesto - Guitarist Scandinavian yang mempunyai jemari halus bagaikan belalai sotong yang music influence beliau terdiri daripada Steve Vai dan Dream Theater - Riff-riff bisikan syaitan dan gorengan-gorengan maut 15 minit merupakan kelebihan gitarist Scandinavian ini.
2. Amarussoligniasio Leamburetta- Guitarist/Drummer import dari pekan Sicily Italy yang bergenre emo metal core + mellow ala2 jack johnson ini tidak kurang hebatnya dengan riff-riff heavy dan "stok pecah kepala". Muzik dan riff-riff "pantas putus jari" + heavy merupakan influence terbesar beliau. Bermain gitar sambil bogel dan bergolek-golek di lantai adalah signature act bagi guitarist/drummer dari pekan Sicily ini.
3. Ishkandorian Mehmudi - Merupakan Drummer ulung kumpulan Savillia yang berasal dari Turkey..mempunyai skill paluan drum yg mantap dan padu. Pencapaian terbaik beliau selaku pemain drum adalah menjadi drummer sessionist utk Kumpulan Skodeng Amah di Majlis perkahwinan Ali Mamak bagi isteri yang ke-3 di sekitar Manjong Perak.
4. Syahrizwantulio Marquessa - Bassist American yang padu, bekas ahli Kumpulan Besi-Lika dari Carolina Barat yg digugurkan last minit diatas sebab-sebab yang tak dapat/perlu dimentionkan. Reasons beliau digugurkan last minute itu tidak perlulah dihebah-hebahkan kerana dikhuatiri akan mengaibkan beliau. Mempunyai history of suicidal tendency due to drug addiction. Namun when he plays his bass, he's the Man!! the "awesomeness" surrounds him. Skill/kelebihan beliau bermain secara "slap fucking awesomeness mode" dan the "master of slapping Funk" menjadikan beliau seorg pemain bass yg sgt digeruni oleh pemain-pemain bass lain di sekitar Carolina barat.(asal aku gigih pasal syah lak ni?)
5. Aliqxio Imbrulianisto - Vokalis/Guitarist dari Ukrain yg mempunyai suara serak-serak basah ini adalah the youngest dan most good looking of Savillians.Most of his influential music adalah dari band-band "hardcore+metal+punk+scremo" seperti With Blood Comes Cleansing dan AILD. Pencapaian terbaek beliau adalah menjadi back up vocal untuk Mael XPDC di sebuah konsert "Selamatkan Tangkak dari Banjir Kilat" di sekitar Johor Bahru. Fun facts mengenai beliau ialah, merupakan ahli terakhir yg menyertai kumpulan Savillia.
These so called very ambitious musician - Savillia ini banyak menghabiskan mase di studio jamming area "Kayjang town" - yang terletak di East California dengan dendangan lagu-lagu latihan dari kumpulan lagenda seperti "Musien", "KetertukaranKaki", "BesianLika" dan "Jarian Halus bak Mentega". Savillians sungguh bersemangat when it comes playing their musics. Anak-anak muda Savilia ini very restless , deeply connected and very enthusiast when it comes playing their own music. Each Savillians cuba mencipta platform of skills and music dalam mencorakkan underground music industri daerah East California. Creativity and the influence of each Savillians ini tidak dapat di sangkalkan lagi dengan kehebatan dan kelunakkan lagu-lagu ciptaan mereka yg very different from band-band music underground yang lain . The originality dan pendirian music bagi each Savillians ini yang so different and became an influential icon for the kids of East California. Each Savillians mempunyai chemistry, understandings and visions of their ideal sound of music yang hanya Savillians sahaja yang mampu defines sendiri akan hala tuju dan vision muzik-muzik mereka.
Pencapaian terbaik Savillia adalah bermain dihadapan crowd seramai 150 orang di belakang dewan makan Kolej Burhanuddin Helmi di west province of California. Persembahan ulung mereka mendapat sambutan yang agak hambar disebabkan cuaca yang tidak begitu mengizinkan, sound system yang tidak menepati standard mereka dan vokalis mereka yang kurang fit during the D-Day kerana sakit mata lantas mengakibatkan keterlupaan lirik lagu hit mereka "Where's The Umm'ss..". Itu lah kali pertama dan terakhir Savillia perform di hadapan crowd yang sebegitu besar. Sehingga ke hari ini, masih belum ada khabar berita dari Savillia selepas persembahan terakhir mereka di Pentas Battle of the Band Burhan. Owh Savillians where are you now? we're dying to hear such pure inspirational music from u..please come back~~ we miss you.. <3
Gambar Band Savillia :
Line-up Savillians
Antara-antara Crowd yang hadir
Groupies2 yang setia menunggu
Sekian Ulasan Ameryl dari Rolling Stone Magazine West Coast Province - Edisi June 2008.