Aku ingt lagi time aku study kt UKM, aku ingt lagi the first class aku pg kt FTSM dulu. Aku banyak menyendiri kerana takde sape yg aku kenal except budak kolej aku Khandaq gelaran die, kebetulan die pn budak FTSM jugak..so kitorg pn ngam la.Aku slalu gerak FTSM dgn khandaq je..tp khandaq terpaksa gigih gerak ke FTSM menaiki bas sebab aku malas nk gerak ke kelas.sigh~!
Aku ingt lagi time masuk kelas tu ade la budak kelas aku yang aku usha-usha dan aku rase mmg mcm bleh ngam, "budak-budak ni isap rokok ni sekor-sekor, cun!! ade geng" dalam hati aku berkata, bile aku tengok ade segerombolan dak-dak kelas yg gaya ala-ala cool tak campur masyarakat dan duduk kat belakang kelas. Aku hanya usha mereka dari jauh,time aku usha-usha tu, ade lak mamat sorg tu rambut kerinting-kerinting dan capang-capang sket ni dan sorg lagi pakai spek mate tebal nk mampus "bapak tebal kanta spec die, kesian budak takde tengkuk ni, muda-muda lagi dah rabun kaw-kaw" hatiku berbisik.kesian.
Sehabisnya kelas aku, aku pn keluar la menghala ke tempat letak moto, nk balik bilik layan ape-ape yang patut,
Tibe-tibe di hujung mataku melintas seekor tikus putih - dalam hati aku, pergh gempak gile FTSM ni, siap ade student Eropah yg study dkt FTSM - Gila International UKM ni ; power-power.
(FYI tikus mondok putih itu adalah razin = makhluk "albino+mix org UK" ciptaan tuhan yang mampu bercakap dalam bahasa melayu versi slang kedah - bapak hebat budak-budak kt FTSM ni)
Tapi sebelum aku nk blah aku terjumpe balik 2 makhluk dalam kelas aku yg capang-capang dan takde tengkuk tu menempel di depan lab komputer kt GFloor FTSM. Dorg tersengih-sengih bersama-sama, gile ke ape? - "ntah sape la dorg bahan tu" ujarku, lalu aku pn dgn keringnya approach kepada mereka.
"Hey, korg satu kelas ngan aku kan, TR?"
"Nama aku faliq, nama korg ape?"
sambil menghulurkan tangan utk bersalam,
dorg dengan tanpa segan silu dan selamber badak usha aku atas bawah mcm aku seekor penagih - lalu mamat yang capang-capang tu menghulur kan tangan, lalu mamat capang-capang tu dengan muke yg tegar menjawab
"Nama aku .. Batek~"
dengan selamber aku tergelak gangster dan dalam hati aku berkata : "bapak pelik name kau!! mcm haram saje je nk kene kan aku"
aku membalas percakapan mamat capang-capang tadi dengan berkata
"seriusly? name ko batek?"
mamat capang-capang tu reply
"ye la batek"
dengan muke jem diketawakan -- aku pecah perut lagi..hahahaha dalam hati aku.
Tibe-tibe perhatianku beralih kepada mamat yang tak bertengkuk yang muke die mcm takut-takut kat aku sket, mcm aku ade penyakit kurap, lantas aku pn bertanya kepada mamat takde tengkuk tu,
"name ko ape?"
dan dengan selamber badak dan cekalnya die menjawab
"ikan" -- lagi aku gelak secara gangster tanpa mempedulikan perasaan mereka berdua.
dalam hati aku berkata "yang tidak-tidak budak-budak TR ni - name pelik-pelik"
ye la korg pikir secara logiknya, korg datang U dan jmpe name kawan-kawan korg yang 1st time korg nk kenal,bile tanye name; name yg tidak-tidak disebut mesti korg gelak jugak kan?? well in my case name yang terpacul adalah : Ikan dan Batek, mesti korg akan gelak jugak kan?
Mamat takde tengkuk tu memberitahuku bahawa nama dorg ini diperolehi dari sekolah SMAP Labu, sekolah lame dorg, aku pn layankan aje name mamat 2ekor ni smpi la ke harini. W*eva*
Facts mengenai mereka berdua as we speak now :
1. Batek sudah pn berumahtangga, mempunyai isteri yang penyayang, Ilyana name die,batek mempunyai career business yang sgt cerah, dan tinggal di Bangi dan today is his birthday _ Happy Birthday Batek~ have a jolly good birthday celebration!!
2. Ikan pula akan berumah tangga pada bulan November ni, dengan pilihan hati dari Melaka, Hidayah Rusli name die, masih mengamalkan gaya hidup yang tidur kurang sihat, tidur merupakan kepuasan ikan, aku pn pelik kenape tidur menjadi tabiat utama mamat takde tengkuk ni.herm...
sekian.
Cube teke yang mane mamat capang-capang dan yang mane mamat takde tengkuk?
Misi 2025
6 days ago
No comments:
Post a Comment